![]() |
Kek Pisang |
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit resepi kek pisang sedap mudah & murah.
Saya sendiri telah mencubai resepi ini memang sedap jadi anda dirumah boleh lah cuba ya. Senang sahaja buat ia.
Peralatan yang diperlukan adalah :-
- cawan penyukat yang ada tulis cup2 tu.
- oven
- bekas untuk membakar kek
- mesin pengisar untuk proses adunan
Bahan - bahan yang diperlukan adalah :-
- 2 cups all purpose flour
- 1 sudu kecil sebuk penaik
- 1 sudu kecil vanilla essance
- sedikit garam
- 3 biji telur
- 1/2 oren punya juice
- 3/4 cup gula castor
- 3/4 butter
- 3 biji pisang
- sedikit coklat cip ikot anda nak letak berapa banyak.
Cara-cara nya adalah :-
- amik butter dan gula kisar menggunakan mixer sehingga ia berwarna pale yellow dan kembang.
Mixer - sementara tunggu untuk butter tu kembang sediakan 3biji telur dan 3 biji pisang, pisang itu perlu dilenyek-lenyekkan.
3 Biji Telur & 1 Sudu Perisa Vanila 3 biji pisang yang telah dilenyekkan Saya guna lemon sedikit untuk gantikan oren. lebih kurang 1 sudu besar - Setelah butter itu bertukar menjadi pale yellow, masukkan telur sebiji demi sebiji dan letakkan perisa vanilla, juice oren tadi dan sedikit garam. Pukul sehingga menjadi creamy.
- Selepas itu, masukkan pisang yang telah dilenyek-lenyek tadi tu sedikit demi sedikit, dan pukul sehingga menjadi rata.
- Dah siap. Masukkan tepung dan pukul hingga menjadi sebati dan masukkan coklat cip.
- Siap sedia masukkan kedalam bekas untuk dibakar.
- Suhu oven adalah 176 darjah celcius selama 30 - 40 minit.. Ini oven saya saya la.. Ataupun sehingga ia masak berwarna perang. Nak tahu dah masak ke belum cucuk kek dengan lidi tengok kalau tak de melekat maknanya masak dah tu.
![]() |
Kek pisang yang telah siap dibakar |
Selamat mencuba...
About Hasif
Senang jak nak buat rupanya hihi tp, x suka sgt mkn kek pisang, tak tau lah kenapa huhu
ReplyDeleteAah senang jer..
DeleteBoleh cuba x sama dgn beli yg dh siap..
Mne taw boleh jatuh suka dkt kek pisang..